Tuesday, December 11, 2018

Topik 14 : Pengurusan Alam Pembelajaran

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

1. Pendahuluan

Pembelajaran bermaksud suatu proses yang merangkumi beberapa peringkat mengikut turutan, bermula dari penerimaan rangsangan melalui organ deria, diikuti pembentukan konsep dalam fikiran dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku. Pembelajaran juga merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pembelajaran yang melalui tindak balas akan menghasilkan perubahan tingkah laku seseorang yang berkenaan. Perubahan tingkah laku dihasilkan daripada pengalaman atau latihan dan bukan disebabkan oleh proses pertumbuhan semula jadi atau disebabkan oleh pengaruh dadah. Pembelajaran yang bermakna merangkumi proses kognitif yang mementingkan pengalaman sedia da, kefahaman, motif dan inisiatif belajar.

2. Isi penting
Terdapat tiga cara pengurusan alam pembelajaran yang berkesan. Antaranya ialah mewujudkan interaksi dengan pelajar. Dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang interaktif (susunan meja yang sesuai), pelajar dapat belajar dengan selesa dan mudah untuk belajar. Komunikasi dua hala antara guru dan pelajar juga dapat diaplikasikan jika menggunakan kaedah susunan meja yang selesa. Seseorang guru itu juga dapat memberikan tugasan dalam bentuk kumpulan dan pelajar juga akan 
mudah untuk fahami apa tugasan yang diberikan serta mudah untuk bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam kumpulan kecilnya.  Di samping itu, guru juga dapat menguruskan pelajar yang bermasalah dalam proses pembelajaran. Guru perlulah membuat kumpulan mengikut kebolehan pelajar supaya guru tersebut dapat membantu pelajar-pelajar yang kurang memahami apa yang diajarnya. Bagi peajar-pelajar yang sudah memahami apa yang diajarnya, guru tersebut boleh memberikan tugasan yang seterusnya untuk dilaksanakan bersama rakan-rakannya yang lain. Seseorang guru mestilah menggunakan teknik yang berkesan ketika mengajar agar pelajarnya dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru itu dan sentiasa bersikap positif kepada pelajar walaupun pelajar itu adalah pelajar yang kurang pandai ataupun bermasalah.  Seterusnya, seseorang guru itu mestilah tegas ketika mengajar dan menjalankan tugasnya. Maksud tegas tidak semestinya tegas pada setiap masa. Tetapi ada sesetengah perkara guru itu tidak boleh ambil mudah dan mestilah sentiasa peka dengan sesuatu perkara. Guru mestilah mempunyai sikap pemikiran terbuka dan profesional ketika mengajar anak muridnya. Hal ini dapat mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku antara guru dan juga anak muridnya. Contohnya akan timbul pergaduhan antara guru dan murid jika seseorang guru itu tidak berfikiran terbuka dan profesional ketika membuat sesuatu tindakan. Tidak pilih kasih juga adalah satu aspek penting dalam mendidik. Contohnya jika seseorang pelajar itu kurang kemahiran berbanding dengan rakannya yang lain, guru tersebut tidak boleh melebihkan pelajar yang berkemahiran itu dan menyisihkan pelajar yang kurang berkemahiran. 

3. RUMUSAN  
Kesimpulannya, guru haruslah bersedia sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana untuk memastikan pelajar dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan. Selain itu, seseorang guru juga harus bijak dalam mengenal pasti masalah dan cuba untuk mengatasi masalah itu semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas mahupun di luar.  

4.RUJUKAN 

https://prezi.com/gk2e4wgewqgx/pengurusan-alam-pembelajaran/ 
https://prezi.com/klep4-pphfrb/pengurusan-alam-pembelajaran/ https://scholar.google.com.my/scholar?t=123&q

Topik 13 : Sekolah dan persekitaran

TAJUK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN 

1. PENDAHULUAN  

Sekolah dan persekitaran membawa maksud tempat untuk mengajar, belajar, memberi tunjuk ajar, menerima apa yang diajar dan persekitaran sesuatu tempat belajar. Sesuatu sekolah dan persekitarannya terbentuk melalui tiga hubungan dimensi iaitu pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Sekolah dan ibu bapa ialah hubungan sekolah dan ibu bapa dalam meningkatkan 
pencapaian dalam sesebuah sekolah itu. Seterusnya sekolah dan masyarakat. Masyarakat ialah terdiri daripada sekumpulan manusia yang hidup di sekeliling atau berhampiran sekolah mahupun masyarakat yang berada di dalam kawasan sekolah yang mempunyai hubungan baik dan akrab bersama sekolah. Sekolah ialah sesuatu institusi pengajian yang tidak wujud secara bersendirian dan memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah, ibu bapa dan juga masyarakat luar untuk pembangunan sesuatu sekolah tersebut. 

2. ISI PENTING  

Terdapat tiga isi penting berkaitan sekolah dan persekitarannya. Antaranya ialah kemudahan dan prasarana yang terdapat di sekolah tersebut. Penggunaan teknologi moden dalam sesi PdPc. Sesebuah sekolah pada masa kini mestilah menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi untuk kegunaan sekolah. Hal ini dapat membantu sesutu urusan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Kedua ialah kawasan persekitaran yang selamat dalam kawasan sekolah. Sekolah mestilah menyediakan pengawal keselamatan bagi menjaga keamanan kawasan sekolah dan menyediakan alatan kecemasan seperti loceng kebakaran, pili bomba, laluan ketika berlakunya kecemasan dan sebagainya.  Seterusnya ialah sekolah dan ibu bapa. Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) adalah sebuah organisasi yang perlu ditubuhkan dalam setiap sekolah. Pengetua sekolah sebagai penasihat manakala organisasi ini terdiri daripada ibu bapa dan juga guru. Organisasi ini ditubuhkan bagi membincangkan berkaitan perjalanan harian sekolah tersebut dan juga jika da program-program yang akan dijalankan. Pihak sekolah mewajibkan kehadiran ibu bapa ke setiap perjumpaan yang diadakan bagi memenuhi korum mesyuarat supaya ibu bapa dapat aktif dalam organisasi ini serta tahu berkaitan aktiviti yang akan dijalankan di sekolah itu.  Di samping itu pihak sekolah juga mestilah mempunyai hubungan baik dengan masyarakat luar. Contohnya pihak Polis Di Raja Malaysia, agensi-agensi kerajaan atau swasta dan penduduk setempat. Hal ini disebabkan masyarakat luar juga dapat membantu pihak sekolah dalam sesetengah urusan. Contohnya berkaitan dengan kes ponteng sekolah. Masyarakat dan juga pihak luar kemungkinan dapat menjadi mata dan telinga kepada pihak sekolah bagi membendung masalah ini. Hubungan baik dengan masyarakat luar juga adalah bertujuan untuk menambah baik pengurusan sesebuah tersebut. Pihak sekolah dapat bertanyakan pendapat dan juga menerima pendapat jika ada berkaitan dengan sekolah. 



3. RUMUSAN  

Sesebuah sekolah itu mestilah mempunyai persekitaran yang selesa supaya dapat menjalankan sesuatu perkara itu dengan lancar dan jayanya. Hubungan baik serta kerjasama pihak sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat luar juga perlulah dijaga. Hal ini dapat mewujudkan persekitaran yang selesa dan mewujudkan permuafakatan serta saling memerlukan ibarat cubit peha kanan, peha kiri juga akan terasa bagi kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah itu. Jika kesemua ini dijaga dan diaplikasikan dengan baik, sekolah tersebut berkemungkinan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang akademik dan juga sahsiahnya. 

4. RUJUKAN 

https://www.youtube.com/watch?v=7tMdFlh3v78 https://www.youtube.com/watch?v=sz-IPlW4k3g 


Topik 12 : Pengurusan Pelbagai Upaya

TAJUK 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA 

1. PENDAHULUAN  

Pengurusan murid pelbagai upaya menekankan tentang langkah-langkah untuk membantu muridmurid yang menghadapi masalah pembelajaran. Mereka ini terdiri daripada murid-murid yang taraf pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran berbanding dengan rakan-rakan sebayanya yang lain. Berkemungkinan mereka ini ketinggalan di dalam pelajaran atau gagal dalam menguruskan kerja-kerja normal di sekolah mereka. Murid-murid ini juga terdiri daripada masalah 3 M iaitu masalah menulis, membaca dan mengira. Murid-murid ini akan diberi pemulihan sebaik sahaja masalah mereka dikesan oleh guru-guru. Masalah bagi perkara yang ringan akan dibantu oleh guruguru kelas biasa manakala masalah yang berat dan kompleks akan dibantu oleh guru khas yang beresuaian dengan masalah murid tersebut. Proses membantu murid-murid ini akan dijalankan dalam tempoh waktu yang singkat supaya mereka tidak akan ketinggalan lebih jauh lagi dengan rakan-rakan mereka. 

2. ISI PENTING  

Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah yang pertama berkaitan dengan proses pengajaran pemulihan. Proses ini dijalankan secara berperingkat supaya tidak memberi tekanan kepada murid tersebut. Pada permulaannya guru-guru mestilah mengesan murid yang bermasalah ini dan cuba untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Terdapat empat langkah proses pengajaran pemulihan iaitu yang pertama menentukan murid yang lemah dan bermasalah dalam pembeajaran mereka. Kedua menentukan dan mencari sebab dan punca mereka bermasalah dalam pelajaran. Seterusnya apabila sudah dapat kenalpasti mengapa masalah ini boleh timbul, guru perlulah mencari sesuatu aktiviti alternatif yang dapat membantu murid-murid ini. Selepas menjalankan aktiviti tersebut, guru mestilah membuat penilaian kejayaan menjalankan program pemulihan murid-murid yang bermasalah ini.  Di samping itu menggunakan konsep penggayaan. Aktiviti tambahan dilakukan kepada aktiviti asas pembelajaraan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah. Penggayaan mengandungi unsurunsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid-murid tersebut. Proses ini perlu dilakukan sebab murid-murid tidak mempunyai kebolehan yang sama antara satu dengan yang lain. Seterusnya murid-murid tidak rasa diri mereka diasingkan dan kemungkinan mereka juga mempunyai pelbagai kebolehan yang tersendiri.  Seterusnya yang ketiga ialah membentuk kumpulan semasa aktiviti pembelajaran. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pencapaian yang memuaskan manakala satu lagi 
kumpulan pencapaian yang masih kurang memuaskan. Guru mestilah membuat penilaian terhadap kedua-dua kumpulan ini seterusnya menetukan tindakan yang harus dilakukan. Bagi kumpulan yang sudah mencapai tahap memuaskan, guru perlulah menggunakan kaedah atau aktiviti penggayaan untuk memotivasikan mereka supaya mereka meneruskan pembelajaran mereka dengan baik selepas ini. Kumpulan pencapaian yang masih kurang memuaskan, guru mestilah meneruskan aktiviti pemulihan dan juga penggayaan supaya mereka tidak rasa rendah diri dan putus asa untuk terus mempelajari ilmu yang masih mereka tidak ketahui. 

3. RUMUSAN  

Secara kesimpulannya, murid-murid pelbagai upaya ini mestilah dibantu oleh guru-guru sewaktu mereka berada di sekolah. Guru-guru juga mestilah memainkan peranan untuk mengenal pasti golongan-golongan ini. Murid-murid ini juga perlu dibantu supaya mereka belajar di sekolah setanding dengan rakan-rakan yang lain. Di samping itu, murid-murid ini juga tidak harus disishkan dari murid-murid lain kerana mereka juga mempunyai kebolehan yang tersirat. Seterusnya bagi murid-murid yang pintar dan mempunyai pencapaian yang memuaskan, guru-guru haruslah berpesan dan meminta mereka membantu murid-murid yang dari golongan pencapian yang kurang memuaskan ini supaya mereka sama-sama berjaya satu masa nanti. 

4. RUJUKAN 

https://www.scribd.com/doc/46991216/20100405150416EDU3034-Bab-11-Pengurusan-MuridPelbagai-Upaya Kementerian Pelajaran Malaysia, (2012). 

Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ainul Shahman, (2012). Cara menyelesaikan masalah pengamatan penglihatan. Carian Google, 29-92012 

Topik 11 : Pengurusan pelbagai budaya

TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA 

1. PENDAHULUAN  

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pelbagai bermaksud perihal pelbagai jenis. Budaya pula ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya). Pelbagai budaya bermaksud Satu sistem kepercayaan dan tingkahlaku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok dalam sebuah organisasi atau masyarakat,mengakui dan menghargai perbezaan sosialbudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan  mereka dalam kontek dan budaya yang inklusif (inclusive) dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. 

2. ISI PENTING  

Sekolah memikul tanggungjawab memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar. Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu. 
Peranan atau implikasi pendidikan inklusif kepada guru ialah memerlukan bantuan dan sokongan guru-guru lain di sekolah dan guru-guru khas. Guru perlu menukar cara bekerja sendirian kepada cara kolaboratif iaitu cara berkumpulan dan sentiasa bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. 
Tujuan pendidikan pelbagai budaya ialah mengajar pelajar mengenali, menerima dan menghargai perbezaan yang wujud kerana budaya, bangsa, kelas sosial, gender, agama, keperluan istimewa(OKU), golongan minoriti dan orientasi seksual. Selain itu, menanam di kalangan pelajar rasa tanggongjawab dan komited kepada tugas dan amanah dalam masyarakat yang demokrasi, saksama dan adil.  
Matlamat pendidikan pelbagai budaya ialah untuk membangunkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dapat berfungsi dalam  masyarakat pelbagai budaya supaya dapat diwujudkan “keadilan sosial”. Juga dipanggil “cross-culture” atau “multicultural skills” (pengetahuan, kemahiran dan sikap) untuk mengujudkan kesedaran, kefahaman dan penerimaan terhadap segala jenis perbezaan. Matlamat penting ialah mengubah senario pendidikan supaya mendorong rasa hormat terhadap apa jua perbezaan yang membolehkan semua kelompok pelbagai budaya mengalami peluang pendidikan yang sama serta keadilan sosial. Selain itu untuk mendedahkan guru kepada keadaan sosial, politik, dan ekonomi yang sebenar dalam masyarakat pelbagai budaya. Pelajar dapat manafaat jika guru menghormati perbezaan di kalangan mereka 

3. RUMUSAN

Guru merupakan aset penting dalam pembentukan pelajar yang pelbagai budaya. Seseorang guru itu haruslah berusaha dalam menangani masalah pelajar-pelajarnya yang datang dari pelbagai sudut dan aspek dan guru perlu menjadi seorang “MULTICULTURAL”.  

4. RUJUKAN

BUKU:
Sang, S, M. (1997).Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah.Subang Jaya, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Sang, S, M. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor: PENERBIT Multimedi Sdn Bhd.  

Topik 10 : Pengurusan Penasihatan Murid

Tajuk 10 : Pengurusan Penasihatan Murid

1. Pengenalan
Pengurusan bermaksud satu proses sosial yang dibentuk dan disususn bagi mewujudkan kerjasam, penyertaan, penglibatan ahli-ahli dalam organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan.
Penasihat bermaksud ajaran atau tunjuk ajar, peringatan,  melalui percakapan yang baik kepada seseorang tentang pelbagai hal.
Murid pula bermaksud anak orang, seseorang yang sedang berguru atau belajar di institusi iaitu sekolah. Menurut Engr Sayyid Khaim Husayn Naqawi yang dikutip oleh Abudin Nata, menyebutkan, bahwa kata murid berasal dari bahasa arab, yang artinya orang yang menginginkan (the willer). Menurut Abudin Nata pula, kata murid diartikan sebagai orang yang menghendaki untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, ketrampilan, pengalaman dan kepribadian yang baik sebagai bekal hidupnya agar bahagia dunia dan akhirat dengan jalan belajar sungguh-sungguh.

2. Isi penting

Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini adalah berkaitan tujuan penasihat ialah memberi bimbang kepada para pelajar untuk membantu mereka mencapai akedemik dan bertujuan pemilihan kerjaya pada masa akan datang serta pembentukan sahsiah dan kemahiran sosial. Nasihat merupakan suatu panduan dan pandangan mengenai sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku. Para penasihat menggunakan pendekatan kaedah lisan atau fizikal untuk membantu seseorang menentukan matlamat kehidupannya.
Strategi dan teknik penasihatan juga dilakukan sama ada melalui pendekatan afektif iaitu menggunakan kerusi kosong dan raptai. Selain itu, pendekatan behavioural latihan bertenang melalui maklum balas, program pengurusan kendiri dan mengajar kawalan badan serta pendekatan kognitif iaitu mempertikai, membahas, mencabar, mengajar dan menjelaskan sesuatu keadaan. Seterusnya, fungsi mentoring pula terbahagi kepada fungsi psikososial iaitu membini membina kepercayaan interpersonal dan termasuk tingkah laku yang meningkatkan identiti, harga diri dan keberkesanan diri. Fungsi karier pula, membimbing proteges dengan mempelajari tingkah laku untuk melakukan sesuatu yang asas untuk melakukan sesuatu perkara.

3. Rumusan

Tuntasnya, penasihatan merupakan salah satu daripada beberapa cara untuk membantu individu yang sedang menghadapi masalah dengan memberiakan nasihat bagi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat serta mengajar individu tersebut untuk berfikir dan bertindak secara waras. Khidmat nasihat di sekolah ini sangat penting bagi semua para pelajar kerana, pelajar memerlukan bimbingan positif daripada seseorang yang berpengalaman selain daripada ahli kelurga. Oleh itu, pengurusan penasihat murid ini sangat bermanfaat dilakukan di sekolah.
(Sila rujuk folder bab 10)

4. Rujukan
BUKU : 
Aminah Haji Hashim. (1994). Keperluan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah Satu Tinjauan. Cheras Jaya, Selangor: Univerisit Pertanian Malaysia.
Meng A, E. (1990). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Petaling Jaya, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.


Topik 9 : Pengurusan Tingkah Laku


 TOPIK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN 

1. PENDAHULUAN  

Disiplin ialah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Disiplin juga ialah kesanggupan seseorang murid menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang atau peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak. Selain itu, disiplin merupakan proses mendidik dan membolehkan seseorang melakukan sesuatu dengan sempurna. Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku devian. 

2. ISI PENTING  

Terdapat tiga teori punca salah laku pelajar. Teori pertama ialah teori fungsionalisme. Teori fungsionalisme ialah menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan seperti yang dijangkakan berlaku di sekolah. Teori kedua ialah teori konflik. Didalam teori konflik, Devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Di sekolah, devian adalah tindak balas anak-anak kelas pekerja menentang dominasi pihak berkuasa. Teori ketiga ialah teori Interaksionisme. Devian merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka mentafsirkan sesuatu situasi. 
Menurut Merton (1938), terdapat empat jenis devian iaitu, Inovasi, Ritual, Undur dan Menentang. Devian inovasi merupakan suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah. Devian ritual merupakan tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan. Devian undur merupakan seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan. Devian menentang merupakan menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain seperti mencuri.  
Punca devian kelas sosial ialah latar belakang budaya keluarga mempengaruhi pelajar kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Sesetengah tingkah laku mereka adalah 
bertentangan dengan apa yang dikehendaki sekolah. Kesannya mereka melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti lepak dan sebagainya. Punca davien jantina ialah dikaitkan dengan bentuk sosialisasi berbeza antara pelajar lelaki dan perempuan sejak kecil lagi. Pelajar lelaki semenjak kecil lagi diasuh supaya menjadi maskulin sementara pelajar wanita menjadi feminin.  
Pendekatan dalam menangani salah laku umumnya adalah berasaskan teguran, nasihat, dan kaunseling. Pendekatan ini dianggap menepati ciri-ciri moraliti moden seperti yang dinyatakan oleh Durkheim. Walau bagaimanapun, pembentukan disiplin tanpa unsur hukuman terhadap salah laku adalah bercanggah dengan usaha pembentukan individu untuk berfungsi dalam masyarakat.  

3. RUMUSAN

Masalah disiplin di sekolah haruslah dikawal dengan sebaik mungkin agar dapat mengelakkan segala perkara yang tak diingini. Pelajar perlu lah sentiasa diawasi supaya tiada masalah disiplin yang berat dan yang boleh mencemarkan nama baik sekolah serta diri pelajar itu. 

4. RUJUKAN

BUKU :
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1988). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru. Hulu Kelang, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khalim Zainal. (2014). Pengurusan disiplin Pelajar Sekolah . Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Topik 8 : Strategi mengurus bilik pembelajaran

TAJUK 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

1. Pengenalan

Strategi merupakan ilmu tentang cara-cara merancang secara teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Konsep pengurusan bilik pembelajaran ialah guru sebagai pengurus mengurus rutin bilik pembelajaran,  mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah, mengurus murid agar mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dalam bilik-bilik pembelajaran, mengurus bahan bantu mengajar supaya dapat digunakan dengan berkesan dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dilaksanakan dengan mengikut rancangan serta mengurus keadaan fizikal bilik darjah atau pun bilik darjah yang lain selepas digunakan supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Menurut James Ang (2014), pengurusan bilik darjah ini merupakan usaha-usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan berkesan di sekolah. Menurut Meng. E (1997: 63) pula, konsep bilik darjah ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri penyusunan fizikal. Oleh itu, tempat-tempat seperti sebuah bilik yang mengandungi sekumpulan pelajar di bawah jagaan seorang guru, sebuah padang yang sedang menjalankan ujikaji dalam sebuah makmal sains, sekumpulan murid sedang menonton program televisyen pendidikan di pusat sumber, boleh digolongkan di bawah konsep bilik darjah.

2. Isi penting

Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari daripada topik ini, yang pertama faktor mempengaruhi bilik darjah terbahagi kepada faktor sosial iaitu merujuk kepada hubungan anatara keperluan emosi individu dan persekitaran sosisalnya. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihata ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang diwujudkan. Selain itu, faktor emosi merupakan gaya kepimpinan (autoritarian) iaitu mengawal pelajar melalui ganjaran dan hukuman. Hal ini wujud suasana tertekan dan tidak konduksif semasa berada dalam kelas.
Seterusnya, peranan guru dalam bilik darjah. Seseorang guru perlu mempelajari mengenai latar belakang pelajar yang berada di dalam bilik darjahnya. Guru sekadar menegetahui nama para pelajarnya sahaja tetapi lebih dari itu ia perlu mengenali mereka. Melalui mengetahui maklumat pelajar ini, memudahkan para pelajar untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tamabahan pula, guru juga perlu merancang persekitaran bilik darjah. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan konduksif. Hiasan bilik darjah perlulah dititikberatkan untuk keselesaan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Selanjutnya, jenis gaya pengajaran guru di dalam kelas terbahagi kepada visual. Guru haruslah mengenal pasti pelajar yang memiliki gaya belajar visual yang cenderung belajar melalui hubungan penglihatan. Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar melalui media dengan meminta pendapat para pelajar mengenai apa yang disampaikan oleh media tersebut. Contohnya, buku, majalah, peta dan lain-lain. Selain itu, auditori. Guru perlu melihat tahap pelajar yang lebih cenderung menggunakan pendengaran sebagai saranan dalam mencapai keberkesanan dalam belajar. Gaya belajar auditori ini bersifat eksternal dengan cara mengeluarkan suara atau bunyi. Mereka dapat belajar dengan cara merakam, perbincangan, mendengar muzik atau kerja kumpulan.

3. Rumusan

Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran serta kesabaran bagi memperoleh kesan yang maksimum. Selain itu, guru perlu mendapat maklumat secukupnya tentang bilik darjah berkenaan. Persediaan JERISAH (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi, Alam, Hamba-Allah) guru yang lengkap akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya, ceria dan cemerlang.
(Sila rujuk folder bab 8)

4.Rujukan

BUKU: 
Meng, E. (1997). Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (SemesterII).Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Meng, E. (1994). Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Sang, S, M. (1997).Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah.Subang Jaya, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Sang, S, M. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor: PENERBIT Multimedi Sdn Bhd.  

Topik 7 : Pengurusan sumber

Tajuk 7 : Pengurusan sumber

1.0 Pengenalan

Pengurusan bermaksud cara untuk mendapatkan sesuatu atau membuat penentuan ke atas pengagihan sumber dan merupakan proses aktiviti tadbir untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan. Manakala, sumber bermaksud segala punca atau cara-cara tersedia yang ada pada diri individu itu, keluarga dan di dalam persekitaran yang disedari atas potensinya atau kebolehannay memenuhi permintaan. Jenis sumber yang dikatakan ialah manusia. Pengurusan sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.

2.0 Isi penting

Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari daripada topik ini, jenis sumber terbahagi kepada bahan bercetak, bahan teknologi maklumat. Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, esiklopedia, surat khabar, buku teks dan sebagainya. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah diguna pakai oleh guru sejak sekian lama kerana harganya yang murah. Manakala, bahan teknologi maklumat digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ramai pelajar yang menyukainya. Para guru mempunyai kemudahan yang luas dalam menggunakan bahan teknologi maklumat ini kerana terdapat perisian-perisian percuma yang disediakan oleh kerajaan di setiap sekolah di seluruh negara dan perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada bagi kemudahan guru dalam menyampaikan pengajarannya dan para murid menerima pengajaran tersebut dengan lebih mudah dan tidak bosan.
Selain itu, pembelajaran berasaskan sumber ini sangat penting kerana, tanpa sumber ilmu pengetahuan pelajar tidak akan berkembang disebabkan pelajar tersebut hanya berfokus kepada guru sahaja. Pengajaran dan pembelajaran yang berasakan kepada guru sahaja tidak mencekupi dalam konteks mendidik para pelajar serta dapat membantu guru untuk menyampaikan ilmuagar lebih difahami oleh pelajar.
Fungsi pusat sumber sebagai tempat rujukan utama bagi kegiatan belajar dan mengajar. Para guru dan pelajar akan sentiasa membuat rujukan dan mencari bahan daripada perpustakaan. Para guru akan mencari bahan yang bersesuaian bagimembuat persediaan dalam proses pengajaran di bilik darjah serta ungsi dan peranan pusat sumber juga berperanan sebagai tempatuntuk mengisi masa lapnag dengan melakukan perkara yang berfaedah dengan adanya pusat sumber mereka terutamanya pelajar yang mempunyai masa yangterluang akan mempunyai tempat bagi mengisi masa mereka.

3. Rumusan 
Kesimpulannya, penggunaan sumber yang digunakan oleh para guru dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu juga, guru-guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran yang lebih berkesan lagi berpandukan kepada sumber sebagai rujukan dalam membuat persedian mengajar. Sumber manusia merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi di sekolah.
(Sila rujuk folder bab 7)

4.Rujukan

BUKU: 
Sang, S, M. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor: Penerbit Multimedi Sdn Bhd.  
Zaharah Mohd Saleh. (1999). Pengurusan Sumber di Sekolah. Pahang Barat, Kuala Lumpur: Rhythm Distributor Sdn Bhd.

Topik 6 : Pengurusan bilik darjah

TAJUK 6 : PENGURUSAN  BILIK DARJAH 

1.   PENDAHULUAN

 Pengurusan bilik darjah ialah proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Secara am nya bilik darjah merupakan tempat diantara guru dan murid-murid melaksanakan proses PdPC di dalam sekolah. Bilik darjah merupakan ruang untuk guruguru berinteraksi bersam murid-murid.  

2.    ISI PENTING 

Pertama ialah pengurusan bilik darjah. Di dalam pengurusan bilik darjah terdapat aktiviti pengajaran berkumpulan. Pelajar akan berkolaboratif didalam kumpulan bagi menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru. Murid di bentuk di dalam kumpulan yang mempunyai kebolehan dan tahap kepandaian yang berbeza. Tujuan pengajaran berkumpulan memudahkan guru membimbing murid, menggalakkan penglibatan aktiviti individu, menggalakkan aspek kolaboratif diantara murid dan memupuk rasa tanggungjawab di antara murid. Selain itu murid yang pandai boleh membantu murid yang lemah dan menjadi guru muda didalam kumpulan. Seterusnya ialah penglibatan secara individu, setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita dan minat. Setiap murid berhak untuk mendapatkan peluang perkembangan kecenderungan mereka secara menyeluruh. Melalui pembelajaran secara individu murid mendapat perhatian yang lebih daripada guru. Murid juga dapat memotivasikan diri untuk belajar. Guru pula perlu menjadi pembimbing dan penggalak untuk muridmurid untuk meningkatkan ilmu komunikasi mereka. Seterusnya ialah ruang pusat pembelajaran. Pusat pembelajaran ialah ruang dalam bilik darjah yang dilengkapi pelbagai bahan sumber dan dibina mengikut kreativiti guru dan murid. Pusat pembelajaran berfungsi sebagai tempat mempamerkan hasil kerja murid bagi membina kreativiti dan keyakinan murid. Pusat pembelajaran mestilah di lengkapi pusat pembelajaran dengan pelbagai sumber dan bahan. Guru dan murid memainkan peranan penting dalam pengurusan pusat pembelajaran. Guru bertanggungjawab dalam merancang dan menyediakan jadual waktu penggunaan pusat pembelajaran, Menyelia, membimbing dan mengawal keselamatan, menyenarai bahan dan alat yang ada di pusat pembelajaran untuk pengesanan dan melantik ketua kumpulan supaya semua tugas dapat dijalankan dengan baik. Murid pula perlu memahami dan mendengar kata guru. 

Seterusnya ialah penyedian bahan mengajar. Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, 
tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaranyang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya,merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh muridmurid. Bahan dapat membantu guru dalam menjelaskan sesuatu topik kepada murid. Terdapat tiga peringkat proses pengunaan bahan, iaitu yang peringkat  pertama guru perlu merancang rancangan pengajaran. Peringkat kedua ialah guru perlu mempunyai persedian mengajar bagi mencapai objektif. Peringkat terakhir ialah peringkat penilaian iaitu selepas pengajaran. Guru mesti menilai anak murid samaada mereka memahami ataupun tidak tajuk yang di ajar. Jenis bahan terbahagi kepada dua iaitu bahan hidup dan bukan hidup. Bahan hidup ialah manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan makala bahan bukan hidup ialah elektronik dan bukan elektronik. Pemilihan bahan juga penting bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali ialah pengurusan sumber. Pengurusan sumber ialah satu proses memilih, menyusun, mengguna dan menyimpan bahan serta alat supaya proses pengajaran dan pembelajaran sempurna. Sumber pendidikan ialah segala bahan dan alat yang dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Pengurusan sumber mampu mewujudkan suasana persekitaran pendidikan hidup dan mencabar selain daripada menjamin perkembangan pembelajaran murid. 

3.    RUMUSAN 

Kesimpulanya guru memainkan peranan yang penting di dalam pengurusan bilik darjah. Guru juga perlu ppeka dengan pengurusan bilik darjah Abad Ke-21 yang sudah mula di implikasikan di setiap sekolah. Murid akan lebih banyak menggunakan teknologi berbanding. Guru juga perlu mempunyai ilmu mengenai pembelajaran teknologi terkini serta mempunyai ilmu pedagogi yang hebat.  


4.    RUJUKAN 

▪ Suep Khas. (2013). Pengurusan Bilik Darjah. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/cikgusuepkhas/pengurusan-bilik-darjah-18464707  

▪ Aisyah Ismail. (2015). Pengurusan Bilik Darjah. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/AisyahIsmail3/pengurusan-pembelajaran-bilik-darjah  

▪ Izyan Nadia. (2015). Pengurusan Bilik Darjah. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/izyannadia/pengurusan-bilik-darjah-54607411. 

Topik 5 : Pengurusan murid

TAJUK 5 : PENGURUSAN MURID 

1.   PENDAHULUAN   

Pengurusan murid merupakan salah satu aspek penting di setiap sekolah. Jaafar Muhammad (1998) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalanbagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting disekolah. Pengurusan murid merupakan salah satu bidang penting disekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya disekolah tersebut mencerminkan prestasi sekolah. Menurut Suppiah Nachiappan et.all (2009) selain berhadapan dengan remaja yang bermasalah dan mengalami kecacatan, guru juga berhadapan dengan pelajar yang mempunyai keistimewaan yang luar biasa dalam kategori pintar,cergas atau pelbagai upaya. 

2.    ISI PENTING 

Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari melalui topik ini iaitu menguruskan rekod murid, Kesedian murid belajar dan memotivasikan diri. Bagi isi yang pertama ialah menguruskan rekod murid. Antara pengurusan rekod murid ialah kad 001 pelajar, profil murid, pemantapan sistem pengurusan murid di sekolah dan perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar. Guru perlu mengemaskini maklumat pelajar di pengkalan data pelajar di Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Guru akan mendaftarkan kedalam kelas tingkatan satu, darjah satu dan peralihan yang ditetapkan. Melalui sistem SPS guru perlu melakukan pindahan kelas bagi murid Tahun 2 hingga Tahun 6 dan Tingkatan 2 hingga Tingkatan 6 jika murid dipindahkan ke kelas lain (naik kelas automatik telah dilakukan). Guru juga perlu mengisi maklumat peribadi murid didalam sistem SPS seperti alamat, keputusan peperiksaan, biodata lengkap murid, nombor telefon dan sebagainya. Hal ini kerana maklumat didalam SPS akan menjadi rujukan di masa hadapan.  Maklumat pelajar juga haruslah di semak semula oleh guru-guru setiap tahun. Guru juga perlu memantau perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar. Guru sebagai insan yang membimbing pelajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Guru sebagai ikutan pelajar. Guru juga memainkan peranan sebagai pembentuk sahsiah pelajar, guru perlu menerapkan nilai nilai murni terhadap anak murid supaya mereka keluar sekolah menjadi insan yang berguna kepada negara. Tingkah laku pelajar juga perlu dikawal oleh guru. Melalui peraturan sekolah, guru akan mengawal tingkah laku pelajar.  Guru berhak menjatuhkan hukuman mengikut garis-garis panduan yang ditetapkan oleh KPM. Guru juga perlu mempunyai rekod murid yang bermasalah dan membantu pelajar menyelesaikan masalah tersebut melalui bimbingan dan kaunseling.   Seterusnya ialah kesedian pelajar. Kesedian pelajar terbahagi kepada tiga iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Kesediaan kognitif merujuk kepada peringkat perkembangan mental untuk menerima rangsangan dan memahaminya, menaakul dan berfikir serta dapat menghubungkaitkan pengalaman sedia ada seseorang. Kamarudin (1997). Sebagai contoh aspek kognitif ialah apabila murid sedang cuba memahami satu topik yang sedang di ulang kaji. Murid akan lebih bersedia apabila mencapai kesedian mental. Seterusnya ialah kesedian afektif. Kesedian afektif merupakan sikap dan minat pelajar terhadap sesuatu pelajaran. Kamarudin Hj. Husin (1997). Pelajar yang bersikap positif mampu menerima ilmu dengan lebih cepat. Pelajar bakal mempunyai sifat ingin berjaya kerana di dorong oleh sikap positif. Guru perlu memainkan peranan penting dengan mewujudkan suasana kelas yang menyeronokkan bagi menari pelajar untuk belajar. Seterusnya ialah kesedian psikomotor. Kesediaan psikomotor ialah kesediaan fizikal pelajar untuk menjalani latihan yang menggunakan fungsi tubuh badan sebagai penggerak utama. Penguasaan kesediaan psikomotor bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar. Kamarudin Hj, Husin (1997). Sebagai contoh seorang guru sekolah rendah perlu menggunakan modul yang bersesuaian untuk mengajar murid darjah satu mengenali abjad, modul tersebut perlu berwarna warni, besar dan mudah difahami untuk memudahkan penglihatan murid. Dengan itu, ternyata bahawa kesediaan psikomotor amat penting bagi kanak-kanak untuk mencapai koordinasi pergerakan otot yang sempurna. 

Akhir sekali ialah memotivasikan pelajar. Motivasi adalah suatu kuasa dalaman yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif. Motivasi boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar serta mempengaruhi respon pelajar untuk mencapai tujuan yang ditetapkan. Guru memainkan peranan yang penting untuk memotivasikan pelajar. Terdapat beberapa perbezaan diantara murid yang mempunyai motivasi yang rendah dan murid yang mempunyai motivasi 
yang tinggi, di antaranya ialah murid yang mempunyai motivasi yang tinggi sentiasa menyemak prestasi diri berbanding murid mempunyai motivasi rendah, Terdapat dua jenis motivasi didalam diri murid iaitu motivasi Intrisik dan motivasi Ekstrinsik. Motivasi intrinsik merujuk kepada motivasi yang didorong oleh kepentingan atau keseronokan dalam tugas sendiri, dan wujud dalam individu dan bukannya bergantung pada sebarang tekanan luar. Contohnya dorongan  dalaman murid yang minat untuk mencuburi bidang nyanyiah tanpa ada desakan ataupun ganjaran. Motivasi ekstrinsik pula merujuk kepada prestasi aktiviti dalam usaha untuk mencapai hasil, ditentukan oleh kuasa luar. Biasanya motivasi ekstrinsik bercanggah dengan motivasi intrinsik. Sebagai contoh perbezaan murid yang mempunyai motivasi intrisik ialah, pelajar datang kesekolah atas kesedaran sendiri, manakala pelajar yang mempunyai motivasi ekstrinsik pula akan datang kesekolah kerana takut dimarahi oleh ibu bapa mereka. Guru juga memainkan peranan penting dalam memotivasikan pelajar. Sebagai contoh guru boleh mengubah menteliti pelajar daripada bersikap negatif ke positif. Contoh peneguhan positif dalam kalangan pelajar ialah guru memberi penhargaan kepada murid yang berjaya menjawab soalan. Manakala peneguhan negatif ialah guru mengasingkan pelajar tidak berdisiplin dengan berdisiplin supaya pelajar berdisiplin tidak terpegaruh dengan pelajar yang tidak berdisiplin. 

 3.    RUMUSAN 

Kesimpulanya menguruskan rekod murid, Kesedian murid belajar dan memotivasikan diri merupakan aspek penting dalam pengurusan murid. Pihak sekolah dan guru perlu memainkan peranan penting dalam pengurusan murid. Pengurusan murid amat penting kerana akan melancarkan proses perjalanan pentadbiran sekolah. 

5. RUJUKAN 

▪ Muhammad Ilyas. (2015). Pengurusan Murid. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/MuhammadIzhar/pengurusan-murid-54694100 Zabidah  

▪ Awang. (2010). Pengurusan Murid. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/zabidah/pengurusan-murid Shahrul Razi. (2013) 

Topik 4 : Kepimpinan dan organisasi

TAJUK 4: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
1. Pendahuluan

Organisasi merupakan suatu sistem aktiviti kerja sama yang dilakukan oleh dua orang atau lebih. Selain itu juga, organisasi adalah sekelompok orang (dua atau lebih) yang secara formal dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Manakala, kepimpinan bermaksud proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja.
Menurut Jamaliah Abdul Hamid (2005: 65), kepimpinan adalah daya mempengaruhi tingkah laku seseorang itu sehingga menyebabkan ia sanggup memberi kerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat yang dipersetujui. Dalam konteks kepimpinan sesebuah komuniti, kepimpinan ditarifkan sebagai daya pengaruh ke atas tingkah laku seseorang untuk mencapai matlamat bersama dengan menggunakan sisitem dan sumber yang diiktiktirafkan oleh komuniti tersebut. daripada tariff tersebut, dapat diperlihatkan juga bahawa kepimpinan sebenarnya adalah pengaruh seseorang yang dibenarkan tau diterima oleh pengikut atau subordinatnya kerana kewujudan peruntukan atau kesefahaman tentang peranan dan kuasa pemimpinan di dalam sesebuah sisitem tersebut.

2. Isi penting
Tiga isi penting yang saya pelajari dalam topik ini ialah kepimpinan peringkat sekolah terbagai kepada 5 komponan. Pengetua yang berperanan merancang dan menyelia pengurusan kurikulum dan membimbing warga sekolah. Penolong Kanan Pentadbiran merancang dan menyedia jadual waktu dan guru ganti serta menyedia dan menganalisis keputusan perangkaan keputusan peperiksaan. Penolong Kanan HEM mengurus pendaftaran dan penyaluran mutird dan menyelaraskan tugas dan aktiviti lembaga Disiplin Murid dan Badan Pengawas sekolah. PK Ko Kurikulum merancang pembangunan kokurikulum dan menyelaras semua kegiatan-kegiatan persatuan, kelab dan persatuan unit beruniform. Guru Kanan Bidang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa mata pelajaran dan menyelaraskan rancangan palajaran tahunan serta menyemak buku latihan murid secara rawak.
Seterusnya, jenis-jenis gaya kepimpinan pertama transformasional merupakan gaya dimana pekerja diberi kuasauntuk menjjalankan tugas yang tertentu serta diberi kuasa untuk membuat kepetusan setelah mereka benar-benar mahir. Kedua kepimpinan transaksional ialah pemimpin yang mempunyai autoriti dan tanggungjawab yang formal dalam sesebuah organisasi. Mereka akan menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipatuhi oleh pekerjanya. Ketiga kepimpinan jenis instruksional, gaya ini memerlukan ketua untuk menetapkan matlamat yang jelas, mengurus kurikulum, memantau rancangan pelajaran, memperuntukan sumber dan menilai guru secara teratur. Pengetua dan guru akan sentiasa berbincang tentang cara kerja mereka untuk menjadikannya leboh baik.
Rajah 1

Rajah 2
3. Rumusan

Tuntasnya, kepimpinan dan organisasi amat pebting bagi membangunkan sesebuah organisasi. Di dalam organisasi ada ahli-ahli (para guru) yang menyokong dan memberi bantuan serta menguti arahan pemimpinnya (pengetua) dalam melaksanakan sesuatu perkara di dalam sekolah atau di luar kawasan sekolah. Dalam hal ini, pengetua berperanan sebagai pemimpin, setiap guru mempunyai peranan masing-masing semasa berada di sekolah.
(Sila rujuk pada folder bab 4)

4.Rujukan
BUKU : 
Abdul Rahman Abdul Majid. (2010). Kepimpinan dan Penyeliaan Instruksional. Pusat Bandar Puchong: Multimedia Sdn. Bhd.
Ibrahim Mamat. (2001). Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Jamaliah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Shah Alam, Selangor: Universiti Putra Malaysia 2005.

Topik 3 : Kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar

TAJUK 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN 

1. Pendahuluan

Pengurusan merupakan proses untuk menjawab persoalan tentang sesuatu secara efektif dan efisien melalui dan dengan komuniti. Pengurusan ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan sesuatu kerja yang terancang melalui pelaksanaan secara sistematik, teratur dan mengikut garis panduan tertentu (Huslid, 2005). Seterusnya, pembelajaran dapat didefinisikan sebagai suatu proses di mana suatu organisme berubah perilakunya sebagai akibat pengalaman. Selain itu, belajar dan mengajar merupakan dua konsep yang tidak dapat dipisahkan satu sama lain. Dua konsep ini menjadi lengkap dalam satu kegiatan di mana terjadi interaksi antara guru dengan murid, serta murid dengan murid pada waktu pembelajaran dijalankan.
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.

2. Isi penting

Tiga isi penting yang saya pelajari ialah guru yang profesional haruslah mampu menguasai dan mengurus 7 jenis pengetahuan iaitu pengetahuan tentang pelajar, pedagogi, pengetahuan tentang kurikulum, konten-pedagogi, kandungan mata pelajaran yang diajar dan konteks pendidikan di Malaysia serta mengetahui tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia.
Seterusnya, berkaitan prinsip pembelajaran pula melalui latihan para pelajar mampu mengaplikasi apa yang telah dia pelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima daripada apa yang guru tersebut ajar. Manakala melalui prinsip bermatlamat pengajaran yang difokuskan memudahkan para pelajar mengikuti cara secara teratur dan sistematik dari peringkat senang ke peringkat yang sukar. Penglibatan aktif para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat diperlukan bagi menceriakan lagi suasana pengajaran. Konduksif suasana yang ceria dan harmoni mempengaruhi keselesaan dari segi minda, fizikal emosi dan rohani para pelajar.
Seterusnya, guru perlu melakukan persiapan awal seperti memahami isi kandungan, persediaan bahan serta memahami latar belakang pelajar bagi memudahkan proses p&p berlangsung. Guru perlu mengkaji murid dengan menganalisis terhadap minat para pelajaran terhadap situasi belajar serta mengasah bakat mereka. Unsure dorongan sebegini mampu meyakinkan para prlajar dan mengelakkan daripada merendahkan keupayaan pelajar dengan memberi pujian melalui kata-kata positif.
Faktor mempengaruhi kesediaan pelajar pula,dapat dilihat melalui kematangan fizikal para pelajar yang berupaya dari segi kognatif, afatif dan kemahiran. Para pelajar perlu mengekalkan minat untuk memberi tumpuan semasa guru mengajar. Dorongan yang diberikan oleh guru kepada murid-murid mampu mengekalkan minat mereka untuk belajar pelajaran tersebut. Tambahan lagi, sosial dan persekitaran dapat digunapakai oleh guru untuk mengajar para pelajar untuk sedia menerima orang lain, prihatian terhadap sekitar dan tidak egosentrik.
“Maksud kesediaan belajar. Kesediaan merupakan kata adjektif atau kata sifat  yang mengambarkan telahada siap, lengkap, dapat, berkebolehan dan keinginan. Manakala, belajar merupakan kata kerja yang menunjukkan perlakuan bagi mendapat, memperolehi, dan menambah serta mengetahui sesuatu ilmu pengetuhuan, kepandaian dan kecekapan”.

3. Rumusan
Kesimpulannya, para guru perlulah menguasai 7 jenis pengetahuan bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajarn di dalam kelas. Guru-guru juga perlu menjalankan tanggungjawab mereka secara bersistematik berdasarkan panduan yang disebutkan dalam pengurusan dan pembelajaran. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh guru dalam pengurusan dan pembelajaran ialah menyediakan rancangan pegajaran iaitu Rancangan Pengajaran Harian (RPH), menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian, membuat perancangan dan pelaksanaan penyampaian dan membuat perancangan dan pelaksanaan penilaian lanataran itu juga, guru wajib mengenal pasti dan mengetahui latar belakang para pelajar bagi memudahkan mereka menjalan proses p&p berjalan dengan lancar.  Oleh itu, panduan rpH yang dibuat ini sangat penting semasa  pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana mampu meningkatkan kecemerlangan para pelajar. 

4.    RUJUKAN 
▪ Arends, R.I.  (2001). Learning to teach. (5th ed.) New York: McGraw-Hill Co. 
▪ Abdullah Sani Yahaya (2005). Mengurus Sekolah. Pahang Darul Makmur: PTS Profesional 
            Publishing Sdn. Bhd. 
▪ Blandford, S. (2004). School Discipline Manual a Practical Guide to Managing Behaviour                  in Schools. Harlow: Pearson Education. 
▪ Burden, P.R. (2003). Classroom management creating a successful learning community (2nd ed.)  New York : Wiley

Topik 2 : Interaksi dan pembelajaran

TAJUK 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN 

1.   PENDAHULUAN 

Dalam proses pembelajaran antara pendidik dan peserta didik harus ada interaksi. Pendidikan pada dasarnya merupakan interaksi antara pendidik dengan peserta didik, untuk mencapai tujuan pendidikan, yang berlangsung dalam lingkungan tertentu. Lingkungan ini diatur serta diawasi agar kegiatan belajar terarah sesuai dengan tujuan pendidikan. Pendidikan berfungsi membantu peserta didik dalam pengembangan dirinya, yaitu pengembangan semua potensi, kecakapan, serta karakteristik pribadinya ke arah yang positif, baik bagi dirinya maupun lingkungannya. 

2.    ISI PENTING 

Menurut Nana Sudjana, ada tiga pola komunikasi dalam proses interaksi guru-murid, yakni komunikasi sebagai aksi, interaksi dan transaksi. Antara komunikasinya ialah komunikasi sebagai aksi atau komunikasi satu hala, iaitu guru sebagai pemberi aksi dan murid sebagai penerima aksi. Guru aktif, murid pasif, mengajar dipandang sebagai kegiatan menyampaikan bahan pelajaran. Seterusnya, bagi komunikasi sebagai interaksi atau komunikasi dua hala adalah guru mampu berperananan sebagai pemberi aksi atau penerima aksi. Sebaliknya murid, mampu menjadi penerima aksi bahkan pula pemberi aksi. Dialog akan terjadi antara guru dengan murid serta komunikasi juga sebagai transaksi atau komunikasi berkumpulan adalah komunikasi tidak hanya terjadi antara guru dengan murid, tetapi juga antara murid dengan murid. Murid juga dituntut untuk aktif daripada guru. Murid, seperti halnya guru, dapat berfungsi sebagai sumber belajar bagi murid lain. Situasi pengajaran atau proses interaksi pembelajaran mampu terjadi dalam pelbagai pola komunikasi, akan tetapi komunikasi sebagai transaksi yang dianggap sesuai dengan konsep cara belajar murid aktif sebagaimana yang dikehendaki para ahli dalam pendidikan yang moden. 

3.    RUMUSAN 

Interaksi di dalam pembelajaran amatlah memain peranan yang penting bagi memberikan pemahaman kepada murid dengan lebih efektif mengikut pola komunikasi yang berbagai bagi menghidupkan suasana pembelajaran yang lebih disukai murid. 

4.    RUJUKAN 

▪ http://edukasi.kompasiana.com/2012/05/01/interaksi-komunikasi-dalam-pembelajaran454088.html 
▪ http://hadiyan.wordpress.com/2012/08/30/empat-interaksi-pendidikan-menurut-profesor-djaali/ 
▪ http://ryochae.blogspot.com/2013/05/interaksi-edukatif-dalam-proses.html 
▪ http://jais-amq.blogspot.com/2010/08/interaksi-belajar.html 


Topik 1 : Sosiologi dan pembelajaran

TAJUK 1: PERSPEKTIF TEORI SOSIOLOGI PENDIDIKAN 

1. PENDAHULUAN 

Sosiologi merupakan kajian saintifik tentang masyarakat manusia dan tingkah laku sosial manusia. Tujuan sosiologi adalah untuk menyelidik, mengetahui dan memahami struktur asas masyarakat manusia, faktor-faktor yang menyatukan dan melemahkan kumpulan dan untuk mempelajari keadaan-keadaan yang mengubah kehidupan masyarakat. Ilmu sosiologi juga tertumpu kepada kelompok masyarakat. Sosiologi meneliti pembentukan dan corak perhubungan sosial manusia dalam kelompoknya. 

2. ISI PENTING 

Terdapat 3 isi penting yang telah saya pelajari di dalam bab ini. Antaranya ialah fungsionalisme, konflik dan interaksionalisme. Bagi isi yang pertama iaitu fungsionalisme, ianya lebih kepada mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat serta masyarakat dianggap seperti tubuh yang  mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri. Struktur social juga akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat. Apa yang tidak boleh dijawab oleh teori fungsionalisme akan dijawab oleh teori konflik. Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku permasalahan di antara individu dan kumpulan-kumpulan di mana mereka akan cuba untuk mempertahankan idea atau pendapat masing-masing. Melalui pendekatan ini , pengkaji dapat mengkaji secara tinjauan (survey) yang akan ditanya berdasarkan soalan kaji selidik (questionnaire) yang telah disediakan. Terdapat beberapa konflik yang selalu menjadi masalah di sesebuah institusi iaitu sebagai contohnya guru diarah melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas mengajar. Maka timbullah konflik di antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang di arah. Manakala bagi pelajar pula mereka di tekan oleh ibu bapa dan guru untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan ini telah merampas sebahagian usia kanak-kanak. Mereka masih ingin bermain dengan rakan sebaya. Maka tercetuskan konflik ke atas jiwa kanak-kanak tersebut. Jadi , dengan menggunakan pendekatan makro ini , para pengkaji dapat mengetahui apa masalah yang selalu timbul dalam jiwa masyarakat. Lebih memfokuskan kepada proses di mana pengkaji akan mengkaji seorang responden sahaja dan hanya di sebuah sekolah yang dipilih sahaja. Pendekatan mikro merupakan sistem yang bukan dipaksa kerana ia mempunyai kebebasan tersendiri terutamanya dalam menginterpretasikan pendapat sendiri dalam sesuatu situasi. Mana – mana kumpulan bebas menyuarakan pendapat masing – masing. Teori ini menekankan pendapat responden dan bukan dari pendapat pengkaji itu sendiri. Temu bual ini dijalankan secara mendalam dan lebih terperinci(face-to-face) bersama responden yang dipilih tersebut. Pendekatan mikro ini jarang digunakan di institusi dalam mengatasi masalah-masalah di sesebuah institusi kerana setiap institusi lebih menekankan kepada pendekatan makro. Terdapat beberapa aspek yang boleh dititikberatkan dalam menggunakan pendekatan mikro iaitu simbol, perkataan dan bahasa. Dalam teori interaksi simbol, pendekatan yang digunakan berkaitan dengan individu dan emosinya. Kajian mendapati individu, emosi, perlakuan dan tindak balas mereka di analisa melalui interaksi sesama individu dalam proses sosial mereka. Interaksi yang dilalui hari – hari dapat menjana pemahaman dan peranan individu itu kerana dalam interaksi mereka banyak menggunakan simbol – simbol, tanda – tanda, isyarat dan kata – kata. Melalui interaksi simbol ini, individu akan memperlihatkan emosi sama ada suka atau duka, gelisah atau tenang (melalui perlakuan fizikal), mimik muka dan kata – kata. Kemudian mereka mengintepretasi situasi, bertindak dan mencipta serta mengubah sesuatu situasi itu kepada situasi yang mereka kehendaki. Dari aspek perkataan contohnya, simbol atau simbolik itu dipenuhi dengan kiasan. Kadangkala terlalu banyak kiasan boleh menimbulkan kekeliruan dan konflik dalam masyarakat kerana tidak semua perkataan bentuk kiasan di fahami, dinilai dan diterima secara saksama antara individu dalam satu situasi itu. Seperti contoh untuk menerangkan suatu kesalahan itu, guru berkias agar pelajar tidak berasa sakit hati dengan teguran guru. Namun begitu tidak semua pelajar akan beranggapan begitu. Dari aspek bahasa pula, boleh dikatakan Bahasa Melayu menggunakan banyak simbol dan simbolik terutamanya dalam Bahasa Melayu klasik, di dalam puisi, dalam ceritera dan hikayat Melayu klasik dan kitab – kitab lama. Simbol – simbol dalam interaksi banyak digunakan dalam sekolah kerana ia digunakan untuk menganalisa secara terperinci mengenai individu pelajar dan emosi mereka agar perlakuan dan tindak balas pelajar mengenai sesuatu situasi itu boleh diramal. 

3. RUMUSAN 

Sosiologi merupakan perkara yang penting di dalam kehidupan kerana ia adalah asas yang sangat diperlukan dan perlu diketahui dari segi menyelidik, mengetahui dan memahami struktur asas masyarakat. Jadi, ianya penting untuk pembentukan dan corak perhubungan sosial sesama masyarakat.  

4. RUJUKAN

▪ Amir Hasan Dawi (2002) penteorian sosiologi dan pendidikan (edisi kedua). Tajung Malim : Quantum Books 
▪ Amir Hasan Dawi, 2006,Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan Edisi ketiga, Quantum Books,Tanjong Malim  
▪ Ballantine, J.H. (2001). The Sociology of Education: A Systematic Analysis. New Jersey: Practice Hall