Tuesday, December 11, 2018

Topik 6 : Pengurusan bilik darjah

TAJUK 6 : PENGURUSAN  BILIK DARJAH 

1.   PENDAHULUAN

 Pengurusan bilik darjah ialah proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Secara am nya bilik darjah merupakan tempat diantara guru dan murid-murid melaksanakan proses PdPC di dalam sekolah. Bilik darjah merupakan ruang untuk guruguru berinteraksi bersam murid-murid.  

2.    ISI PENTING 

Pertama ialah pengurusan bilik darjah. Di dalam pengurusan bilik darjah terdapat aktiviti pengajaran berkumpulan. Pelajar akan berkolaboratif didalam kumpulan bagi menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru. Murid di bentuk di dalam kumpulan yang mempunyai kebolehan dan tahap kepandaian yang berbeza. Tujuan pengajaran berkumpulan memudahkan guru membimbing murid, menggalakkan penglibatan aktiviti individu, menggalakkan aspek kolaboratif diantara murid dan memupuk rasa tanggungjawab di antara murid. Selain itu murid yang pandai boleh membantu murid yang lemah dan menjadi guru muda didalam kumpulan. Seterusnya ialah penglibatan secara individu, setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita dan minat. Setiap murid berhak untuk mendapatkan peluang perkembangan kecenderungan mereka secara menyeluruh. Melalui pembelajaran secara individu murid mendapat perhatian yang lebih daripada guru. Murid juga dapat memotivasikan diri untuk belajar. Guru pula perlu menjadi pembimbing dan penggalak untuk muridmurid untuk meningkatkan ilmu komunikasi mereka. Seterusnya ialah ruang pusat pembelajaran. Pusat pembelajaran ialah ruang dalam bilik darjah yang dilengkapi pelbagai bahan sumber dan dibina mengikut kreativiti guru dan murid. Pusat pembelajaran berfungsi sebagai tempat mempamerkan hasil kerja murid bagi membina kreativiti dan keyakinan murid. Pusat pembelajaran mestilah di lengkapi pusat pembelajaran dengan pelbagai sumber dan bahan. Guru dan murid memainkan peranan penting dalam pengurusan pusat pembelajaran. Guru bertanggungjawab dalam merancang dan menyediakan jadual waktu penggunaan pusat pembelajaran, Menyelia, membimbing dan mengawal keselamatan, menyenarai bahan dan alat yang ada di pusat pembelajaran untuk pengesanan dan melantik ketua kumpulan supaya semua tugas dapat dijalankan dengan baik. Murid pula perlu memahami dan mendengar kata guru. 

Seterusnya ialah penyedian bahan mengajar. Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, 
tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaranyang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya,merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh muridmurid. Bahan dapat membantu guru dalam menjelaskan sesuatu topik kepada murid. Terdapat tiga peringkat proses pengunaan bahan, iaitu yang peringkat  pertama guru perlu merancang rancangan pengajaran. Peringkat kedua ialah guru perlu mempunyai persedian mengajar bagi mencapai objektif. Peringkat terakhir ialah peringkat penilaian iaitu selepas pengajaran. Guru mesti menilai anak murid samaada mereka memahami ataupun tidak tajuk yang di ajar. Jenis bahan terbahagi kepada dua iaitu bahan hidup dan bukan hidup. Bahan hidup ialah manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan makala bahan bukan hidup ialah elektronik dan bukan elektronik. Pemilihan bahan juga penting bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali ialah pengurusan sumber. Pengurusan sumber ialah satu proses memilih, menyusun, mengguna dan menyimpan bahan serta alat supaya proses pengajaran dan pembelajaran sempurna. Sumber pendidikan ialah segala bahan dan alat yang dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Pengurusan sumber mampu mewujudkan suasana persekitaran pendidikan hidup dan mencabar selain daripada menjamin perkembangan pembelajaran murid. 

3.    RUMUSAN 

Kesimpulanya guru memainkan peranan yang penting di dalam pengurusan bilik darjah. Guru juga perlu ppeka dengan pengurusan bilik darjah Abad Ke-21 yang sudah mula di implikasikan di setiap sekolah. Murid akan lebih banyak menggunakan teknologi berbanding. Guru juga perlu mempunyai ilmu mengenai pembelajaran teknologi terkini serta mempunyai ilmu pedagogi yang hebat.  


4.    RUJUKAN 

▪ Suep Khas. (2013). Pengurusan Bilik Darjah. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/cikgusuepkhas/pengurusan-bilik-darjah-18464707  

▪ Aisyah Ismail. (2015). Pengurusan Bilik Darjah. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/AisyahIsmail3/pengurusan-pembelajaran-bilik-darjah  

▪ Izyan Nadia. (2015). Pengurusan Bilik Darjah. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/izyannadia/pengurusan-bilik-darjah-54607411. 

No comments:

Post a Comment