Tuesday, December 11, 2018

Topik 1 : Sosiologi dan pembelajaran

TAJUK 1: PERSPEKTIF TEORI SOSIOLOGI PENDIDIKAN 

1. PENDAHULUAN 

Sosiologi merupakan kajian saintifik tentang masyarakat manusia dan tingkah laku sosial manusia. Tujuan sosiologi adalah untuk menyelidik, mengetahui dan memahami struktur asas masyarakat manusia, faktor-faktor yang menyatukan dan melemahkan kumpulan dan untuk mempelajari keadaan-keadaan yang mengubah kehidupan masyarakat. Ilmu sosiologi juga tertumpu kepada kelompok masyarakat. Sosiologi meneliti pembentukan dan corak perhubungan sosial manusia dalam kelompoknya. 

2. ISI PENTING 

Terdapat 3 isi penting yang telah saya pelajari di dalam bab ini. Antaranya ialah fungsionalisme, konflik dan interaksionalisme. Bagi isi yang pertama iaitu fungsionalisme, ianya lebih kepada mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat serta masyarakat dianggap seperti tubuh yang  mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri. Struktur social juga akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat. Apa yang tidak boleh dijawab oleh teori fungsionalisme akan dijawab oleh teori konflik. Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku permasalahan di antara individu dan kumpulan-kumpulan di mana mereka akan cuba untuk mempertahankan idea atau pendapat masing-masing. Melalui pendekatan ini , pengkaji dapat mengkaji secara tinjauan (survey) yang akan ditanya berdasarkan soalan kaji selidik (questionnaire) yang telah disediakan. Terdapat beberapa konflik yang selalu menjadi masalah di sesebuah institusi iaitu sebagai contohnya guru diarah melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas mengajar. Maka timbullah konflik di antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang di arah. Manakala bagi pelajar pula mereka di tekan oleh ibu bapa dan guru untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan ini telah merampas sebahagian usia kanak-kanak. Mereka masih ingin bermain dengan rakan sebaya. Maka tercetuskan konflik ke atas jiwa kanak-kanak tersebut. Jadi , dengan menggunakan pendekatan makro ini , para pengkaji dapat mengetahui apa masalah yang selalu timbul dalam jiwa masyarakat. Lebih memfokuskan kepada proses di mana pengkaji akan mengkaji seorang responden sahaja dan hanya di sebuah sekolah yang dipilih sahaja. Pendekatan mikro merupakan sistem yang bukan dipaksa kerana ia mempunyai kebebasan tersendiri terutamanya dalam menginterpretasikan pendapat sendiri dalam sesuatu situasi. Mana – mana kumpulan bebas menyuarakan pendapat masing – masing. Teori ini menekankan pendapat responden dan bukan dari pendapat pengkaji itu sendiri. Temu bual ini dijalankan secara mendalam dan lebih terperinci(face-to-face) bersama responden yang dipilih tersebut. Pendekatan mikro ini jarang digunakan di institusi dalam mengatasi masalah-masalah di sesebuah institusi kerana setiap institusi lebih menekankan kepada pendekatan makro. Terdapat beberapa aspek yang boleh dititikberatkan dalam menggunakan pendekatan mikro iaitu simbol, perkataan dan bahasa. Dalam teori interaksi simbol, pendekatan yang digunakan berkaitan dengan individu dan emosinya. Kajian mendapati individu, emosi, perlakuan dan tindak balas mereka di analisa melalui interaksi sesama individu dalam proses sosial mereka. Interaksi yang dilalui hari – hari dapat menjana pemahaman dan peranan individu itu kerana dalam interaksi mereka banyak menggunakan simbol – simbol, tanda – tanda, isyarat dan kata – kata. Melalui interaksi simbol ini, individu akan memperlihatkan emosi sama ada suka atau duka, gelisah atau tenang (melalui perlakuan fizikal), mimik muka dan kata – kata. Kemudian mereka mengintepretasi situasi, bertindak dan mencipta serta mengubah sesuatu situasi itu kepada situasi yang mereka kehendaki. Dari aspek perkataan contohnya, simbol atau simbolik itu dipenuhi dengan kiasan. Kadangkala terlalu banyak kiasan boleh menimbulkan kekeliruan dan konflik dalam masyarakat kerana tidak semua perkataan bentuk kiasan di fahami, dinilai dan diterima secara saksama antara individu dalam satu situasi itu. Seperti contoh untuk menerangkan suatu kesalahan itu, guru berkias agar pelajar tidak berasa sakit hati dengan teguran guru. Namun begitu tidak semua pelajar akan beranggapan begitu. Dari aspek bahasa pula, boleh dikatakan Bahasa Melayu menggunakan banyak simbol dan simbolik terutamanya dalam Bahasa Melayu klasik, di dalam puisi, dalam ceritera dan hikayat Melayu klasik dan kitab – kitab lama. Simbol – simbol dalam interaksi banyak digunakan dalam sekolah kerana ia digunakan untuk menganalisa secara terperinci mengenai individu pelajar dan emosi mereka agar perlakuan dan tindak balas pelajar mengenai sesuatu situasi itu boleh diramal. 

3. RUMUSAN 

Sosiologi merupakan perkara yang penting di dalam kehidupan kerana ia adalah asas yang sangat diperlukan dan perlu diketahui dari segi menyelidik, mengetahui dan memahami struktur asas masyarakat. Jadi, ianya penting untuk pembentukan dan corak perhubungan sosial sesama masyarakat.  

4. RUJUKAN

▪ Amir Hasan Dawi (2002) penteorian sosiologi dan pendidikan (edisi kedua). Tajung Malim : Quantum Books 
▪ Amir Hasan Dawi, 2006,Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan Edisi ketiga, Quantum Books,Tanjong Malim  
▪ Ballantine, J.H. (2001). The Sociology of Education: A Systematic Analysis. New Jersey: Practice Hall  

No comments:

Post a Comment