Tuesday, December 11, 2018

Topik 13 : Sekolah dan persekitaran

TAJUK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN 

1. PENDAHULUAN  

Sekolah dan persekitaran membawa maksud tempat untuk mengajar, belajar, memberi tunjuk ajar, menerima apa yang diajar dan persekitaran sesuatu tempat belajar. Sesuatu sekolah dan persekitarannya terbentuk melalui tiga hubungan dimensi iaitu pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Sekolah dan ibu bapa ialah hubungan sekolah dan ibu bapa dalam meningkatkan 
pencapaian dalam sesebuah sekolah itu. Seterusnya sekolah dan masyarakat. Masyarakat ialah terdiri daripada sekumpulan manusia yang hidup di sekeliling atau berhampiran sekolah mahupun masyarakat yang berada di dalam kawasan sekolah yang mempunyai hubungan baik dan akrab bersama sekolah. Sekolah ialah sesuatu institusi pengajian yang tidak wujud secara bersendirian dan memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah, ibu bapa dan juga masyarakat luar untuk pembangunan sesuatu sekolah tersebut. 

2. ISI PENTING  

Terdapat tiga isi penting berkaitan sekolah dan persekitarannya. Antaranya ialah kemudahan dan prasarana yang terdapat di sekolah tersebut. Penggunaan teknologi moden dalam sesi PdPc. Sesebuah sekolah pada masa kini mestilah menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi untuk kegunaan sekolah. Hal ini dapat membantu sesutu urusan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Kedua ialah kawasan persekitaran yang selamat dalam kawasan sekolah. Sekolah mestilah menyediakan pengawal keselamatan bagi menjaga keamanan kawasan sekolah dan menyediakan alatan kecemasan seperti loceng kebakaran, pili bomba, laluan ketika berlakunya kecemasan dan sebagainya.  Seterusnya ialah sekolah dan ibu bapa. Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) adalah sebuah organisasi yang perlu ditubuhkan dalam setiap sekolah. Pengetua sekolah sebagai penasihat manakala organisasi ini terdiri daripada ibu bapa dan juga guru. Organisasi ini ditubuhkan bagi membincangkan berkaitan perjalanan harian sekolah tersebut dan juga jika da program-program yang akan dijalankan. Pihak sekolah mewajibkan kehadiran ibu bapa ke setiap perjumpaan yang diadakan bagi memenuhi korum mesyuarat supaya ibu bapa dapat aktif dalam organisasi ini serta tahu berkaitan aktiviti yang akan dijalankan di sekolah itu.  Di samping itu pihak sekolah juga mestilah mempunyai hubungan baik dengan masyarakat luar. Contohnya pihak Polis Di Raja Malaysia, agensi-agensi kerajaan atau swasta dan penduduk setempat. Hal ini disebabkan masyarakat luar juga dapat membantu pihak sekolah dalam sesetengah urusan. Contohnya berkaitan dengan kes ponteng sekolah. Masyarakat dan juga pihak luar kemungkinan dapat menjadi mata dan telinga kepada pihak sekolah bagi membendung masalah ini. Hubungan baik dengan masyarakat luar juga adalah bertujuan untuk menambah baik pengurusan sesebuah tersebut. Pihak sekolah dapat bertanyakan pendapat dan juga menerima pendapat jika ada berkaitan dengan sekolah. 



3. RUMUSAN  

Sesebuah sekolah itu mestilah mempunyai persekitaran yang selesa supaya dapat menjalankan sesuatu perkara itu dengan lancar dan jayanya. Hubungan baik serta kerjasama pihak sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat luar juga perlulah dijaga. Hal ini dapat mewujudkan persekitaran yang selesa dan mewujudkan permuafakatan serta saling memerlukan ibarat cubit peha kanan, peha kiri juga akan terasa bagi kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah itu. Jika kesemua ini dijaga dan diaplikasikan dengan baik, sekolah tersebut berkemungkinan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang akademik dan juga sahsiahnya. 

4. RUJUKAN 

https://www.youtube.com/watch?v=7tMdFlh3v78 https://www.youtube.com/watch?v=sz-IPlW4k3g 


No comments:

Post a Comment