Tuesday, December 11, 2018

Topik 11 : Pengurusan pelbagai budaya

TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA 

1. PENDAHULUAN  

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pelbagai bermaksud perihal pelbagai jenis. Budaya pula ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya). Pelbagai budaya bermaksud Satu sistem kepercayaan dan tingkahlaku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok dalam sebuah organisasi atau masyarakat,mengakui dan menghargai perbezaan sosialbudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan  mereka dalam kontek dan budaya yang inklusif (inclusive) dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. 

2. ISI PENTING  

Sekolah memikul tanggungjawab memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar. Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu. 
Peranan atau implikasi pendidikan inklusif kepada guru ialah memerlukan bantuan dan sokongan guru-guru lain di sekolah dan guru-guru khas. Guru perlu menukar cara bekerja sendirian kepada cara kolaboratif iaitu cara berkumpulan dan sentiasa bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. 
Tujuan pendidikan pelbagai budaya ialah mengajar pelajar mengenali, menerima dan menghargai perbezaan yang wujud kerana budaya, bangsa, kelas sosial, gender, agama, keperluan istimewa(OKU), golongan minoriti dan orientasi seksual. Selain itu, menanam di kalangan pelajar rasa tanggongjawab dan komited kepada tugas dan amanah dalam masyarakat yang demokrasi, saksama dan adil.  
Matlamat pendidikan pelbagai budaya ialah untuk membangunkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dapat berfungsi dalam  masyarakat pelbagai budaya supaya dapat diwujudkan “keadilan sosial”. Juga dipanggil “cross-culture” atau “multicultural skills” (pengetahuan, kemahiran dan sikap) untuk mengujudkan kesedaran, kefahaman dan penerimaan terhadap segala jenis perbezaan. Matlamat penting ialah mengubah senario pendidikan supaya mendorong rasa hormat terhadap apa jua perbezaan yang membolehkan semua kelompok pelbagai budaya mengalami peluang pendidikan yang sama serta keadilan sosial. Selain itu untuk mendedahkan guru kepada keadaan sosial, politik, dan ekonomi yang sebenar dalam masyarakat pelbagai budaya. Pelajar dapat manafaat jika guru menghormati perbezaan di kalangan mereka 

3. RUMUSAN

Guru merupakan aset penting dalam pembentukan pelajar yang pelbagai budaya. Seseorang guru itu haruslah berusaha dalam menangani masalah pelajar-pelajarnya yang datang dari pelbagai sudut dan aspek dan guru perlu menjadi seorang “MULTICULTURAL”.  

4. RUJUKAN

BUKU:
Sang, S, M. (1997).Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah.Subang Jaya, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Sang, S, M. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor: PENERBIT Multimedi Sdn Bhd.  

No comments:

Post a Comment