Tuesday, December 11, 2018

Topik 5 : Pengurusan murid

TAJUK 5 : PENGURUSAN MURID 

1.   PENDAHULUAN   

Pengurusan murid merupakan salah satu aspek penting di setiap sekolah. Jaafar Muhammad (1998) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalanbagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting disekolah. Pengurusan murid merupakan salah satu bidang penting disekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya disekolah tersebut mencerminkan prestasi sekolah. Menurut Suppiah Nachiappan et.all (2009) selain berhadapan dengan remaja yang bermasalah dan mengalami kecacatan, guru juga berhadapan dengan pelajar yang mempunyai keistimewaan yang luar biasa dalam kategori pintar,cergas atau pelbagai upaya. 

2.    ISI PENTING 

Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari melalui topik ini iaitu menguruskan rekod murid, Kesedian murid belajar dan memotivasikan diri. Bagi isi yang pertama ialah menguruskan rekod murid. Antara pengurusan rekod murid ialah kad 001 pelajar, profil murid, pemantapan sistem pengurusan murid di sekolah dan perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar. Guru perlu mengemaskini maklumat pelajar di pengkalan data pelajar di Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Guru akan mendaftarkan kedalam kelas tingkatan satu, darjah satu dan peralihan yang ditetapkan. Melalui sistem SPS guru perlu melakukan pindahan kelas bagi murid Tahun 2 hingga Tahun 6 dan Tingkatan 2 hingga Tingkatan 6 jika murid dipindahkan ke kelas lain (naik kelas automatik telah dilakukan). Guru juga perlu mengisi maklumat peribadi murid didalam sistem SPS seperti alamat, keputusan peperiksaan, biodata lengkap murid, nombor telefon dan sebagainya. Hal ini kerana maklumat didalam SPS akan menjadi rujukan di masa hadapan.  Maklumat pelajar juga haruslah di semak semula oleh guru-guru setiap tahun. Guru juga perlu memantau perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar. Guru sebagai insan yang membimbing pelajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Guru sebagai ikutan pelajar. Guru juga memainkan peranan sebagai pembentuk sahsiah pelajar, guru perlu menerapkan nilai nilai murni terhadap anak murid supaya mereka keluar sekolah menjadi insan yang berguna kepada negara. Tingkah laku pelajar juga perlu dikawal oleh guru. Melalui peraturan sekolah, guru akan mengawal tingkah laku pelajar.  Guru berhak menjatuhkan hukuman mengikut garis-garis panduan yang ditetapkan oleh KPM. Guru juga perlu mempunyai rekod murid yang bermasalah dan membantu pelajar menyelesaikan masalah tersebut melalui bimbingan dan kaunseling.   Seterusnya ialah kesedian pelajar. Kesedian pelajar terbahagi kepada tiga iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Kesediaan kognitif merujuk kepada peringkat perkembangan mental untuk menerima rangsangan dan memahaminya, menaakul dan berfikir serta dapat menghubungkaitkan pengalaman sedia ada seseorang. Kamarudin (1997). Sebagai contoh aspek kognitif ialah apabila murid sedang cuba memahami satu topik yang sedang di ulang kaji. Murid akan lebih bersedia apabila mencapai kesedian mental. Seterusnya ialah kesedian afektif. Kesedian afektif merupakan sikap dan minat pelajar terhadap sesuatu pelajaran. Kamarudin Hj. Husin (1997). Pelajar yang bersikap positif mampu menerima ilmu dengan lebih cepat. Pelajar bakal mempunyai sifat ingin berjaya kerana di dorong oleh sikap positif. Guru perlu memainkan peranan penting dengan mewujudkan suasana kelas yang menyeronokkan bagi menari pelajar untuk belajar. Seterusnya ialah kesedian psikomotor. Kesediaan psikomotor ialah kesediaan fizikal pelajar untuk menjalani latihan yang menggunakan fungsi tubuh badan sebagai penggerak utama. Penguasaan kesediaan psikomotor bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar. Kamarudin Hj, Husin (1997). Sebagai contoh seorang guru sekolah rendah perlu menggunakan modul yang bersesuaian untuk mengajar murid darjah satu mengenali abjad, modul tersebut perlu berwarna warni, besar dan mudah difahami untuk memudahkan penglihatan murid. Dengan itu, ternyata bahawa kesediaan psikomotor amat penting bagi kanak-kanak untuk mencapai koordinasi pergerakan otot yang sempurna. 

Akhir sekali ialah memotivasikan pelajar. Motivasi adalah suatu kuasa dalaman yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif. Motivasi boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar serta mempengaruhi respon pelajar untuk mencapai tujuan yang ditetapkan. Guru memainkan peranan yang penting untuk memotivasikan pelajar. Terdapat beberapa perbezaan diantara murid yang mempunyai motivasi yang rendah dan murid yang mempunyai motivasi 
yang tinggi, di antaranya ialah murid yang mempunyai motivasi yang tinggi sentiasa menyemak prestasi diri berbanding murid mempunyai motivasi rendah, Terdapat dua jenis motivasi didalam diri murid iaitu motivasi Intrisik dan motivasi Ekstrinsik. Motivasi intrinsik merujuk kepada motivasi yang didorong oleh kepentingan atau keseronokan dalam tugas sendiri, dan wujud dalam individu dan bukannya bergantung pada sebarang tekanan luar. Contohnya dorongan  dalaman murid yang minat untuk mencuburi bidang nyanyiah tanpa ada desakan ataupun ganjaran. Motivasi ekstrinsik pula merujuk kepada prestasi aktiviti dalam usaha untuk mencapai hasil, ditentukan oleh kuasa luar. Biasanya motivasi ekstrinsik bercanggah dengan motivasi intrinsik. Sebagai contoh perbezaan murid yang mempunyai motivasi intrisik ialah, pelajar datang kesekolah atas kesedaran sendiri, manakala pelajar yang mempunyai motivasi ekstrinsik pula akan datang kesekolah kerana takut dimarahi oleh ibu bapa mereka. Guru juga memainkan peranan penting dalam memotivasikan pelajar. Sebagai contoh guru boleh mengubah menteliti pelajar daripada bersikap negatif ke positif. Contoh peneguhan positif dalam kalangan pelajar ialah guru memberi penhargaan kepada murid yang berjaya menjawab soalan. Manakala peneguhan negatif ialah guru mengasingkan pelajar tidak berdisiplin dengan berdisiplin supaya pelajar berdisiplin tidak terpegaruh dengan pelajar yang tidak berdisiplin. 

 3.    RUMUSAN 

Kesimpulanya menguruskan rekod murid, Kesedian murid belajar dan memotivasikan diri merupakan aspek penting dalam pengurusan murid. Pihak sekolah dan guru perlu memainkan peranan penting dalam pengurusan murid. Pengurusan murid amat penting kerana akan melancarkan proses perjalanan pentadbiran sekolah. 

5. RUJUKAN 

▪ Muhammad Ilyas. (2015). Pengurusan Murid. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/MuhammadIzhar/pengurusan-murid-54694100 Zabidah  

▪ Awang. (2010). Pengurusan Murid. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/zabidah/pengurusan-murid Shahrul Razi. (2013) 

No comments:

Post a Comment