Tuesday, December 11, 2018

Topik 3 : Kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar

TAJUK 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN 

1. Pendahuluan

Pengurusan merupakan proses untuk menjawab persoalan tentang sesuatu secara efektif dan efisien melalui dan dengan komuniti. Pengurusan ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan sesuatu kerja yang terancang melalui pelaksanaan secara sistematik, teratur dan mengikut garis panduan tertentu (Huslid, 2005). Seterusnya, pembelajaran dapat didefinisikan sebagai suatu proses di mana suatu organisme berubah perilakunya sebagai akibat pengalaman. Selain itu, belajar dan mengajar merupakan dua konsep yang tidak dapat dipisahkan satu sama lain. Dua konsep ini menjadi lengkap dalam satu kegiatan di mana terjadi interaksi antara guru dengan murid, serta murid dengan murid pada waktu pembelajaran dijalankan.
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.

2. Isi penting

Tiga isi penting yang saya pelajari ialah guru yang profesional haruslah mampu menguasai dan mengurus 7 jenis pengetahuan iaitu pengetahuan tentang pelajar, pedagogi, pengetahuan tentang kurikulum, konten-pedagogi, kandungan mata pelajaran yang diajar dan konteks pendidikan di Malaysia serta mengetahui tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia.
Seterusnya, berkaitan prinsip pembelajaran pula melalui latihan para pelajar mampu mengaplikasi apa yang telah dia pelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima daripada apa yang guru tersebut ajar. Manakala melalui prinsip bermatlamat pengajaran yang difokuskan memudahkan para pelajar mengikuti cara secara teratur dan sistematik dari peringkat senang ke peringkat yang sukar. Penglibatan aktif para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat diperlukan bagi menceriakan lagi suasana pengajaran. Konduksif suasana yang ceria dan harmoni mempengaruhi keselesaan dari segi minda, fizikal emosi dan rohani para pelajar.
Seterusnya, guru perlu melakukan persiapan awal seperti memahami isi kandungan, persediaan bahan serta memahami latar belakang pelajar bagi memudahkan proses p&p berlangsung. Guru perlu mengkaji murid dengan menganalisis terhadap minat para pelajaran terhadap situasi belajar serta mengasah bakat mereka. Unsure dorongan sebegini mampu meyakinkan para prlajar dan mengelakkan daripada merendahkan keupayaan pelajar dengan memberi pujian melalui kata-kata positif.
Faktor mempengaruhi kesediaan pelajar pula,dapat dilihat melalui kematangan fizikal para pelajar yang berupaya dari segi kognatif, afatif dan kemahiran. Para pelajar perlu mengekalkan minat untuk memberi tumpuan semasa guru mengajar. Dorongan yang diberikan oleh guru kepada murid-murid mampu mengekalkan minat mereka untuk belajar pelajaran tersebut. Tambahan lagi, sosial dan persekitaran dapat digunapakai oleh guru untuk mengajar para pelajar untuk sedia menerima orang lain, prihatian terhadap sekitar dan tidak egosentrik.
“Maksud kesediaan belajar. Kesediaan merupakan kata adjektif atau kata sifat  yang mengambarkan telahada siap, lengkap, dapat, berkebolehan dan keinginan. Manakala, belajar merupakan kata kerja yang menunjukkan perlakuan bagi mendapat, memperolehi, dan menambah serta mengetahui sesuatu ilmu pengetuhuan, kepandaian dan kecekapan”.

3. Rumusan
Kesimpulannya, para guru perlulah menguasai 7 jenis pengetahuan bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajarn di dalam kelas. Guru-guru juga perlu menjalankan tanggungjawab mereka secara bersistematik berdasarkan panduan yang disebutkan dalam pengurusan dan pembelajaran. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh guru dalam pengurusan dan pembelajaran ialah menyediakan rancangan pegajaran iaitu Rancangan Pengajaran Harian (RPH), menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian, membuat perancangan dan pelaksanaan penyampaian dan membuat perancangan dan pelaksanaan penilaian lanataran itu juga, guru wajib mengenal pasti dan mengetahui latar belakang para pelajar bagi memudahkan mereka menjalan proses p&p berjalan dengan lancar.  Oleh itu, panduan rpH yang dibuat ini sangat penting semasa  pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana mampu meningkatkan kecemerlangan para pelajar. 

4.    RUJUKAN 
▪ Arends, R.I.  (2001). Learning to teach. (5th ed.) New York: McGraw-Hill Co. 
▪ Abdullah Sani Yahaya (2005). Mengurus Sekolah. Pahang Darul Makmur: PTS Profesional 
            Publishing Sdn. Bhd. 
▪ Blandford, S. (2004). School Discipline Manual a Practical Guide to Managing Behaviour                  in Schools. Harlow: Pearson Education. 
▪ Burden, P.R. (2003). Classroom management creating a successful learning community (2nd ed.)  New York : Wiley

No comments:

Post a Comment