Tuesday, December 11, 2018

Topik 12 : Pengurusan Pelbagai Upaya

TAJUK 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA 

1. PENDAHULUAN  

Pengurusan murid pelbagai upaya menekankan tentang langkah-langkah untuk membantu muridmurid yang menghadapi masalah pembelajaran. Mereka ini terdiri daripada murid-murid yang taraf pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran berbanding dengan rakan-rakan sebayanya yang lain. Berkemungkinan mereka ini ketinggalan di dalam pelajaran atau gagal dalam menguruskan kerja-kerja normal di sekolah mereka. Murid-murid ini juga terdiri daripada masalah 3 M iaitu masalah menulis, membaca dan mengira. Murid-murid ini akan diberi pemulihan sebaik sahaja masalah mereka dikesan oleh guru-guru. Masalah bagi perkara yang ringan akan dibantu oleh guruguru kelas biasa manakala masalah yang berat dan kompleks akan dibantu oleh guru khas yang beresuaian dengan masalah murid tersebut. Proses membantu murid-murid ini akan dijalankan dalam tempoh waktu yang singkat supaya mereka tidak akan ketinggalan lebih jauh lagi dengan rakan-rakan mereka. 

2. ISI PENTING  

Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah yang pertama berkaitan dengan proses pengajaran pemulihan. Proses ini dijalankan secara berperingkat supaya tidak memberi tekanan kepada murid tersebut. Pada permulaannya guru-guru mestilah mengesan murid yang bermasalah ini dan cuba untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Terdapat empat langkah proses pengajaran pemulihan iaitu yang pertama menentukan murid yang lemah dan bermasalah dalam pembeajaran mereka. Kedua menentukan dan mencari sebab dan punca mereka bermasalah dalam pelajaran. Seterusnya apabila sudah dapat kenalpasti mengapa masalah ini boleh timbul, guru perlulah mencari sesuatu aktiviti alternatif yang dapat membantu murid-murid ini. Selepas menjalankan aktiviti tersebut, guru mestilah membuat penilaian kejayaan menjalankan program pemulihan murid-murid yang bermasalah ini.  Di samping itu menggunakan konsep penggayaan. Aktiviti tambahan dilakukan kepada aktiviti asas pembelajaraan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah. Penggayaan mengandungi unsurunsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid-murid tersebut. Proses ini perlu dilakukan sebab murid-murid tidak mempunyai kebolehan yang sama antara satu dengan yang lain. Seterusnya murid-murid tidak rasa diri mereka diasingkan dan kemungkinan mereka juga mempunyai pelbagai kebolehan yang tersendiri.  Seterusnya yang ketiga ialah membentuk kumpulan semasa aktiviti pembelajaran. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pencapaian yang memuaskan manakala satu lagi 
kumpulan pencapaian yang masih kurang memuaskan. Guru mestilah membuat penilaian terhadap kedua-dua kumpulan ini seterusnya menetukan tindakan yang harus dilakukan. Bagi kumpulan yang sudah mencapai tahap memuaskan, guru perlulah menggunakan kaedah atau aktiviti penggayaan untuk memotivasikan mereka supaya mereka meneruskan pembelajaran mereka dengan baik selepas ini. Kumpulan pencapaian yang masih kurang memuaskan, guru mestilah meneruskan aktiviti pemulihan dan juga penggayaan supaya mereka tidak rasa rendah diri dan putus asa untuk terus mempelajari ilmu yang masih mereka tidak ketahui. 

3. RUMUSAN  

Secara kesimpulannya, murid-murid pelbagai upaya ini mestilah dibantu oleh guru-guru sewaktu mereka berada di sekolah. Guru-guru juga mestilah memainkan peranan untuk mengenal pasti golongan-golongan ini. Murid-murid ini juga perlu dibantu supaya mereka belajar di sekolah setanding dengan rakan-rakan yang lain. Di samping itu, murid-murid ini juga tidak harus disishkan dari murid-murid lain kerana mereka juga mempunyai kebolehan yang tersirat. Seterusnya bagi murid-murid yang pintar dan mempunyai pencapaian yang memuaskan, guru-guru haruslah berpesan dan meminta mereka membantu murid-murid yang dari golongan pencapian yang kurang memuaskan ini supaya mereka sama-sama berjaya satu masa nanti. 

4. RUJUKAN 

https://www.scribd.com/doc/46991216/20100405150416EDU3034-Bab-11-Pengurusan-MuridPelbagai-Upaya Kementerian Pelajaran Malaysia, (2012). 

Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ainul Shahman, (2012). Cara menyelesaikan masalah pengamatan penglihatan. Carian Google, 29-92012 

No comments:

Post a Comment