Tuesday, December 11, 2018

Topik 9 : Pengurusan Tingkah Laku


 TOPIK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN 

1. PENDAHULUAN  

Disiplin ialah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Disiplin juga ialah kesanggupan seseorang murid menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang atau peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak. Selain itu, disiplin merupakan proses mendidik dan membolehkan seseorang melakukan sesuatu dengan sempurna. Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku devian. 

2. ISI PENTING  

Terdapat tiga teori punca salah laku pelajar. Teori pertama ialah teori fungsionalisme. Teori fungsionalisme ialah menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan seperti yang dijangkakan berlaku di sekolah. Teori kedua ialah teori konflik. Didalam teori konflik, Devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Di sekolah, devian adalah tindak balas anak-anak kelas pekerja menentang dominasi pihak berkuasa. Teori ketiga ialah teori Interaksionisme. Devian merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka mentafsirkan sesuatu situasi. 
Menurut Merton (1938), terdapat empat jenis devian iaitu, Inovasi, Ritual, Undur dan Menentang. Devian inovasi merupakan suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah. Devian ritual merupakan tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan. Devian undur merupakan seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan. Devian menentang merupakan menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain seperti mencuri.  
Punca devian kelas sosial ialah latar belakang budaya keluarga mempengaruhi pelajar kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Sesetengah tingkah laku mereka adalah 
bertentangan dengan apa yang dikehendaki sekolah. Kesannya mereka melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti lepak dan sebagainya. Punca davien jantina ialah dikaitkan dengan bentuk sosialisasi berbeza antara pelajar lelaki dan perempuan sejak kecil lagi. Pelajar lelaki semenjak kecil lagi diasuh supaya menjadi maskulin sementara pelajar wanita menjadi feminin.  
Pendekatan dalam menangani salah laku umumnya adalah berasaskan teguran, nasihat, dan kaunseling. Pendekatan ini dianggap menepati ciri-ciri moraliti moden seperti yang dinyatakan oleh Durkheim. Walau bagaimanapun, pembentukan disiplin tanpa unsur hukuman terhadap salah laku adalah bercanggah dengan usaha pembentukan individu untuk berfungsi dalam masyarakat.  

3. RUMUSAN

Masalah disiplin di sekolah haruslah dikawal dengan sebaik mungkin agar dapat mengelakkan segala perkara yang tak diingini. Pelajar perlu lah sentiasa diawasi supaya tiada masalah disiplin yang berat dan yang boleh mencemarkan nama baik sekolah serta diri pelajar itu. 

4. RUJUKAN

BUKU :
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1988). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru. Hulu Kelang, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khalim Zainal. (2014). Pengurusan disiplin Pelajar Sekolah . Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment