Tuesday, December 11, 2018

Topik 8 : Strategi mengurus bilik pembelajaran

TAJUK 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

1. Pengenalan

Strategi merupakan ilmu tentang cara-cara merancang secara teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Konsep pengurusan bilik pembelajaran ialah guru sebagai pengurus mengurus rutin bilik pembelajaran,  mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah, mengurus murid agar mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dalam bilik-bilik pembelajaran, mengurus bahan bantu mengajar supaya dapat digunakan dengan berkesan dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dilaksanakan dengan mengikut rancangan serta mengurus keadaan fizikal bilik darjah atau pun bilik darjah yang lain selepas digunakan supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Menurut James Ang (2014), pengurusan bilik darjah ini merupakan usaha-usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan berkesan di sekolah. Menurut Meng. E (1997: 63) pula, konsep bilik darjah ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri penyusunan fizikal. Oleh itu, tempat-tempat seperti sebuah bilik yang mengandungi sekumpulan pelajar di bawah jagaan seorang guru, sebuah padang yang sedang menjalankan ujikaji dalam sebuah makmal sains, sekumpulan murid sedang menonton program televisyen pendidikan di pusat sumber, boleh digolongkan di bawah konsep bilik darjah.

2. Isi penting

Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari daripada topik ini, yang pertama faktor mempengaruhi bilik darjah terbahagi kepada faktor sosial iaitu merujuk kepada hubungan anatara keperluan emosi individu dan persekitaran sosisalnya. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihata ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang diwujudkan. Selain itu, faktor emosi merupakan gaya kepimpinan (autoritarian) iaitu mengawal pelajar melalui ganjaran dan hukuman. Hal ini wujud suasana tertekan dan tidak konduksif semasa berada dalam kelas.
Seterusnya, peranan guru dalam bilik darjah. Seseorang guru perlu mempelajari mengenai latar belakang pelajar yang berada di dalam bilik darjahnya. Guru sekadar menegetahui nama para pelajarnya sahaja tetapi lebih dari itu ia perlu mengenali mereka. Melalui mengetahui maklumat pelajar ini, memudahkan para pelajar untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tamabahan pula, guru juga perlu merancang persekitaran bilik darjah. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan konduksif. Hiasan bilik darjah perlulah dititikberatkan untuk keselesaan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Selanjutnya, jenis gaya pengajaran guru di dalam kelas terbahagi kepada visual. Guru haruslah mengenal pasti pelajar yang memiliki gaya belajar visual yang cenderung belajar melalui hubungan penglihatan. Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar melalui media dengan meminta pendapat para pelajar mengenai apa yang disampaikan oleh media tersebut. Contohnya, buku, majalah, peta dan lain-lain. Selain itu, auditori. Guru perlu melihat tahap pelajar yang lebih cenderung menggunakan pendengaran sebagai saranan dalam mencapai keberkesanan dalam belajar. Gaya belajar auditori ini bersifat eksternal dengan cara mengeluarkan suara atau bunyi. Mereka dapat belajar dengan cara merakam, perbincangan, mendengar muzik atau kerja kumpulan.

3. Rumusan

Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran serta kesabaran bagi memperoleh kesan yang maksimum. Selain itu, guru perlu mendapat maklumat secukupnya tentang bilik darjah berkenaan. Persediaan JERISAH (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi, Alam, Hamba-Allah) guru yang lengkap akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya, ceria dan cemerlang.
(Sila rujuk folder bab 8)

4.Rujukan

BUKU: 
Meng, E. (1997). Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (SemesterII).Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Meng, E. (1994). Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Sang, S, M. (1997).Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah.Subang Jaya, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Sang, S, M. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor: PENERBIT Multimedi Sdn Bhd.  

No comments:

Post a Comment