Tuesday, December 11, 2018

Topik 14 : Pengurusan Alam Pembelajaran

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

1. Pendahuluan

Pembelajaran bermaksud suatu proses yang merangkumi beberapa peringkat mengikut turutan, bermula dari penerimaan rangsangan melalui organ deria, diikuti pembentukan konsep dalam fikiran dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku. Pembelajaran juga merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pembelajaran yang melalui tindak balas akan menghasilkan perubahan tingkah laku seseorang yang berkenaan. Perubahan tingkah laku dihasilkan daripada pengalaman atau latihan dan bukan disebabkan oleh proses pertumbuhan semula jadi atau disebabkan oleh pengaruh dadah. Pembelajaran yang bermakna merangkumi proses kognitif yang mementingkan pengalaman sedia da, kefahaman, motif dan inisiatif belajar.

2. Isi penting
Terdapat tiga cara pengurusan alam pembelajaran yang berkesan. Antaranya ialah mewujudkan interaksi dengan pelajar. Dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang interaktif (susunan meja yang sesuai), pelajar dapat belajar dengan selesa dan mudah untuk belajar. Komunikasi dua hala antara guru dan pelajar juga dapat diaplikasikan jika menggunakan kaedah susunan meja yang selesa. Seseorang guru itu juga dapat memberikan tugasan dalam bentuk kumpulan dan pelajar juga akan 
mudah untuk fahami apa tugasan yang diberikan serta mudah untuk bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam kumpulan kecilnya.  Di samping itu, guru juga dapat menguruskan pelajar yang bermasalah dalam proses pembelajaran. Guru perlulah membuat kumpulan mengikut kebolehan pelajar supaya guru tersebut dapat membantu pelajar-pelajar yang kurang memahami apa yang diajarnya. Bagi peajar-pelajar yang sudah memahami apa yang diajarnya, guru tersebut boleh memberikan tugasan yang seterusnya untuk dilaksanakan bersama rakan-rakannya yang lain. Seseorang guru mestilah menggunakan teknik yang berkesan ketika mengajar agar pelajarnya dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru itu dan sentiasa bersikap positif kepada pelajar walaupun pelajar itu adalah pelajar yang kurang pandai ataupun bermasalah.  Seterusnya, seseorang guru itu mestilah tegas ketika mengajar dan menjalankan tugasnya. Maksud tegas tidak semestinya tegas pada setiap masa. Tetapi ada sesetengah perkara guru itu tidak boleh ambil mudah dan mestilah sentiasa peka dengan sesuatu perkara. Guru mestilah mempunyai sikap pemikiran terbuka dan profesional ketika mengajar anak muridnya. Hal ini dapat mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku antara guru dan juga anak muridnya. Contohnya akan timbul pergaduhan antara guru dan murid jika seseorang guru itu tidak berfikiran terbuka dan profesional ketika membuat sesuatu tindakan. Tidak pilih kasih juga adalah satu aspek penting dalam mendidik. Contohnya jika seseorang pelajar itu kurang kemahiran berbanding dengan rakannya yang lain, guru tersebut tidak boleh melebihkan pelajar yang berkemahiran itu dan menyisihkan pelajar yang kurang berkemahiran. 

3. RUMUSAN  
Kesimpulannya, guru haruslah bersedia sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana untuk memastikan pelajar dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan. Selain itu, seseorang guru juga harus bijak dalam mengenal pasti masalah dan cuba untuk mengatasi masalah itu semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas mahupun di luar.  

4.RUJUKAN 

https://prezi.com/gk2e4wgewqgx/pengurusan-alam-pembelajaran/ 
https://prezi.com/klep4-pphfrb/pengurusan-alam-pembelajaran/ https://scholar.google.com.my/scholar?t=123&q

No comments:

Post a Comment